Melihat pada komentar kamu itu, ia sudah menjelaskan situasi yang kamu alami apabila kamu bergantung kepada bible kamu itu. Saya perjelaskan.
Kamu menyatakan bahawa Aslan dan En. Glass sudah menjelaskan segalanya. Namun apabila kamu mengatakan bahawa kamu harus merujuk kepada sumbernya itu, maka itu sudah menjelaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh Aslan dan En Glass adalah tidak mampu memberikan penjelasan yang bersifat pasti yang menyelesaikan permasalahan ini. Untuk apa kamu harus ke sumbernya jika kamu sudah mendapati penjelasan mereka itu sudah memberikan jawapan yang pasti terhadap permasalahan ini??
Penjelasan mereka hanya mengundang lebih banyak persoalan-persoalan yang semakin membinggungkan dan tiada jawapannya. Sebab itulah kamu rasa perlu pergi ke sumbernya untuk mendapatkan jawapan yang bersifat pasti. Keperluan kamu untuk kembali ke sumbernya itu sudah menjelaskan bahawa penjelasan Aslan dan En Glas itu tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Namun jika kamu rasa mereka sudah menjelaskan permasalahan ini, maka saya mempersilakan kamu untuk copy n paste tulisan mereka yang dapat menyelesaikan sebarang keraguan di dalam permasalahan ini.
![kopimaya [dot] kom - Secangkir Kehangatan di Dunia Maya - Powered by vBulletin](images/misc/vbulletin4_logo.png)
